| Thursday, 19-Mar-2009 15:32 |
|
HARI KE2 DI HK-
|
|
Hari ke2 di HK cuaca masih lagi dingin, tapi tidaklah seteruk semalam. Kami bangun agak awal dengan satu misi untuk menjelajah seluruh HK hari ini. Selain jalan-jalan, Mot ada temujanji dengan seorg rakan distributor di Causeway Bay, yang terletak di Pulau HK. Bagi yang tidak tahu, HK sebenarnya terbahagi kepada beberapa pulau kecil antaranya Kowloon, HK dan Lantau. Oleh kerana masih awal , kami terus ke travel agent untuk membuat visa negara China bagi membolehkan kami memasuki negara China iaitu Shenzhen yang terletak bersebelahan dengan HK. Bagi urusan visa shj kami terpaksa melaburkan wang sebanyak RM800 atau kira-kira HKD1,600 dan boleh disiapkan dalam masa sehari. Kalau difikirkan mmg sayang nak laburkan duit sebyk tu tapi sbb dah teringin sgt nak ke sana, jadi tutp mata jelah. Lepas je buat visa kami terus menghala ke terminal ferry, yang menurut bacaan kami, salah satu pengangkutan yang wajib dinaik untuk merasai HK sebenarnya.
Dengan bayaran hanya HKD2, kami naiklah ferry dr Star Ferry Harbour Tour ke Central Pier yang hanya mengambil masa kira-kira 7 minit. Sebaik sampai di pelabuhan kami terus ke bus stop bagi membolehkan kami ke destinasi pertama iaitu Victoria Peak. Tempat ni wajib dikunjungi jika datang ke HK sbb dari puncaklah kita boleh melihat pemandangan seluruh HK.Sepanjang melalui kawasan bukit , akan nampaklah rumah-rumah mewah yang khabarnya menjadi pilihan artis-artis ternama HK dan orang2 kaya di sana. Melalui kira-kira 20 minit perjalanan, akhirnya kami sampai di puncak .Terdapat bebera bangunan di puncak tersebut termasuk Shopping mall, malah Hard Rock HK juga didalam shopping mall tersebut. Selain itu terdapat Peak Tram, Peak Tower, Peak Gelleria. Kami terus menikmati keindahan atas puncak dalam kedinginan pagi yang cukup menyegarkan. Hampir 2 jam dihabiskan di sana, sebelum kami turun menaiki Peak Tram. Sebaik sampai ke bawah, kami terpaksa jalan kaki mencari MTR untuk ke CausewayBay bagi misi seterusnya. Kami sampai di hentian CausewayBay kira-kira pukul 2 petang dan terus menuju ke Times Square untuk menemui rakan HK Mot, tak ingat namanya...., Kami pergi ke pejabat mamat tu dan kami terus bergerak menuju ke Stanley Market pula yang dibuka dari pukul 11 pagi hingga 6 petang. Kami menaiki bas no 73 kalau tak silap. Kalau nak naik bas di Hk make sure duit tu cukup-cukup dgn harga tiket sbb kalau masukkan duit lebih , tak akan dipulangkan bakinya. Perjalanan ke Stanley Market juga terpaksa mendaki namun kami sampai dengan jayanya. Suasana petang disini sangat indah. Kami merayau2 di kedai-kedai yang kebanyakannya kedai Factory outlet, sempatlah kami shopping sikit untuk Aina dan Yaya di sana. Harganya??? entahlah biasa je kot, seluar jeans guess dalam RM35 duit kita..., habis merayau di Stenley market, kami balik semula ke kowloon dengan menaiki bas. Bus stop yang terletak berhampiran dengan Stanley Market itu sangat memudahkan kami dan akhirnya kami sampai di Tsim Sha Shui kira-kira pukul 7.30 malam. Lenguhnya kaki tak usah nak cakaplah..... Misi kami belum berakhir lagi sebb pada malam ini kami ingin melihat persembahan light n sound.. (betul ke namanye tuh..tak ingatlah.. mak dah tua). yang bermula pukul 8.30 malam di sepanjang waterfront dan di situ juga terdapat Avenue Of The Star sebagai tanda penghargaan kepada penyumbang2 dalam industri perfileman HK . selesai persembahan, kami terus mencari makanan dengan menuju ke sebuah kedai Turki sebelum pulang ke bilik untuk beradu.
|