Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


baru sampai
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
baru sampai



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 18-Mar-2009 13:49
Trip Hong Kong 8-11 Mac
Mungkin inilah namanya rezeki terpijak. Hadiah menang cabutan bertuah masa press nite MCA bulan Januari lepas membawa kami sampai ke Hong Kong. Kalau ikutkan Hong Kong tidak tersenarai dalam negara yang ingin dikunjungi. Selain dari filem dan drama Hong Kong yang sering ditonton terutama masa sekaolah menengah dulu, tiada apa yang menarik rasanya di sana. Namun semuanya berubah sebaik kami menjejakkan kaki di sana. Saya dan Mot sampai di Lapangan Terbang HK tepat kul 10.30 pagi setelah melalui 4 jam perjalanan dari Lapangan LCCT. Walaupun hanya menaiki Airasia, tapi kira selesa jugaklah. Tak boleh merungut banyak sgt..maklumlah tiket pergi balik free. Setelah selesai urusan imigresen dan ambik beg bagai, kami terus mencari stesen bas untuk membawa kami ke Tsim Sha Tsui Kowloon , tempat di mana kami akan menginap selama berada di HK.
Sebaik keluar dari lapangan terbang, suda terasa angin HK yang agak dingin. Kalau tidak silap hari ahad tu cuaca agak mendung dengan 12 celcius. Sejuk tuh... bayangkan kita dah biasa dgn cuaca panas di Malaysia sampai 30 celcius, sekali sejuklah pulak.... tai kira oklah, sbb nyaman dan badanpun tak berpeluh. Ini pengalaman kedua kami berhadapan cuaca mcm ni, tahun 2006, kami pernah gi Beijing dan cuacanya lebih sejuk iaiatu bawah 10 celcius. Jadi kami mmg dah jangkakan cuaca yg sama di HK pada bulan Mac ni. Kami beratur menunggu bas. Jangan risau tentang bas di HK, mereka akan tiba ontime dalam 15 minit sekali. Oleh kerana semasa membuat tempahan di hostel world dulu, mereka telah memberikan panduan bagaimana untuk sampai di hostel tersebut. Jadi berpandukan direction tersebut kami mengambil bas yang ditetap.
Kebanyakan bas di HK adalah bas tingkat, kalau rasa nak naik ataspun boleh, tapi kami lebih selesa duduk di bawah sebb senang nak jaga barang. Bas airport ni canggih jugak, sbb ada screen yang akan menunjukkan kita lokasi di mana bas itu berhenti dan akan ada rakaman suara yang memaklumkan destinasi seterusnya. Jadi ini memudahkan kami. Lebih kurang 30 minit perjalanan kami sampai di Jalan Nathan di Kowlon tempat hostel kami. Cukup meriah di sepanjang jalan Nathan, dengan barisan pelbagai kedai sepanjang kiri kanan jalan, selain bangunan tinggi-tinggi. Di kawasan itu memang agak busy dengan pelbagai jenis manusia dari seluruh dunia, ada dari India, Pakaistan, Indonesia, Filipina, Thailand dan palbagai lagi. Sebaik turun di tengah-tengah Tsim Sha Tsui, kami terus mencari bangunan Chungking Mansions dimana hostel kami terletak di dalam bangunan tersebut. Bangunan 15 tingkat tersebut sudah kelihatan uzur jika dilihaat dr luar namun disitulah tempat tumpuan warga asing di Hk terutama dari India, Pakistan, Indonesia malah Malaysia untuk tinggal dan mencari rezeki. Banyak guesthouse didalam Chungkin Mansions , mungkin puluhan rasanya dan lebih kurang 4,000 orang mendiami bangunan tersebut. Sebaik kaki melangkah di dalam bangunan itu, dua tiga lelaki mungkin dari India atau Pakistan menghampiri kami dengan menawarkan bilik dengan harga yang murah. Mula-mula bimbang juga, namun apabila kami maklumkan yang kami telah menempah bilik, mereka terus beredar. Di bahagian bawah terdapat banyak kedai antaranya kedai makanan pakistan dan indian yang tertulis halal.. ( maknanya kami dah tahu mana nak cari makanan) selain itu ada kedai jual prepaid, kasut pakaian, money changers yang kebanyakannya dimonopoli oleh warga asing terutama dari India dan Pakistan. Kami terus naik ke tingkat 15, untuk ke hostel kami ( lupalah pulak namanya), setelah selesai check in dan membayar balance duit sebanyak RM400 , kami terus ke bilik. Mmg kami dah jangkakan biliknya kecil sesuai dengan taraf hostel, namun yg penting bersih dan ada bilim air di dalam. Lagipun kami bukannya nak lepak kat bilik, betul nak tidur je... , Setelah letak barang bagai, kami memulakan penerokaan kami di HK di sekitar Kowloon. Mula-mula kami pergi di sekitar MTR Tsim Sha Tsui, yang mana bersebelahan dengan Masjid Kowloon. Di belakang Masjid terdapat ruang kosong yang menjadi tumpuan wanita muslim dari palbagai negara terutama dari Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di sini berkumpul pada hari minggu untuk aktiviti keagamaan seperti mengaji. Selepas itu kami mengambil MTR untuk ke market yang terdapat di HK sebagai pencuci mata antaranya Ladies market, temple street dan banyak lagi sampai kaki kami lenguh untuk berjalan. Pengangkutan MTR yang terdapat di HK sangat efisien dan memudahkan pergerakan. Tidak perlu bimbang untuk jalan2di HK , jika rasa sesat je teruslah cari MTR dan pastinya akan sampai tempat yang ingin dituju.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.