Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


yeyyyyyyy....tepuk tangan
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
yeyyyyyyy tepuk



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 10-Nov-2008 10:29
Yaya B'day
Ini merupakan sambutan hari jadi pertama buat Alya Khadeeja. Jika 2 tahun sebelum ini kami hanya meraikannya dengan pergi bercuti, namun tahun ini atas permintaannya sendiri, kami mengadakan majlis secara kecil-kecilan sbb katanya dia nak tiup lilin dan nyanyi Happy B'dy to u.
Alya dilahirkan pada 10 Nov 2005, bermakna sudah 3 tahun Tuhan berikan kami anugerah tersebut. Beliau membesar dengan sihat seperti kanak-kanak normal lain. Mulutnya juga semakin petah berkata-kata hingga kadang kala tidak larat untuk melayannya (mungkin ikut mama).
Alya seorang anak yang agak sensitif. Walaupun kelihatan agak brutal, tetapi hatinya sangat halus, mudah menangis ketika ditegur. Jika mahu bercakap dengannya tidak boleh secara kasar kerana dia akan mudah merajuk dan memberontak. Cara terbaik untuk menasihatinya mesti dengan perkataan yang manis2 seperti "sayang anak mama", "manja mama mari sini". Kadang kala bila tidak tahan dan kesabaran makin hilang, kena jerit jugak.
Seorang yang kuat cemburu...sbb itulah kot keningnya tebal.., selalunya kakaknya Ainalah yang jadi mangsa buli si adik. Begitulah kan adat hubungan adik beradik.....
Peminat setia high school musical, selain barney dan kartun-kartun lain. Suka dimanja dan perkataan yang selalu diucapkan " mama tak nak sayang yayapun", maknanya minta kita hug n kiss dia. Aktiviti hariannya setelah mandi pagi, dia akan minta utk menonton CD mengenal ABC, selepas itu akan menonton cd seterusnya, High School Musical. Sangat hafal dgn dialog iklan-iklan yang diminati, juga sangat suka menari.
Semoga Yaya akan membesar dengan sihat, dilembutkan hatinya untuk mendengar nasihat dan tunjuk ajar serta menjadi anak yang solehah....amin.

p/s: Terima kasih kepada tetamu yg sudi hadir memeriahkan majlis harijadi Yaya. Mohon maaf andai ada kekurangan terutama atas ketidakselesaan.... maklumlah keadaan rumah kami yg agak sempit. Jika ada rezeki lagi ditahun hadapan Insyaallah akan dibuat di lokasi yang lebih selesa.

http://shw.motstudio.fotopages.com/19606270.html()

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.