| Saturday, 9-Aug-2008 04:57 |
|
|
|
Hi salam.... lamanya tak mengupdate FP ni sedar-sedar da sebulan lebih dah. Walaupun tahu FP ni taklah beberapa popular tp mungkin ada jugak sesekali member berkunjung ke Fp kami, dan sudah pastinya kecewa kerana yang kuar hanya gambar yang sama.
Memanglah saya terlalu bz sekarang ni, faham2jelah kerja mengalahkan IGP Tan Sri Musa Hassan. Dengan kes Anwar dan kes-kes yang seterusnya yang mmg tidak henti-henti berlaku. Kadang-kadang mungkin akan terlihat juga wajahku terselit di Tv sesekali. Tima kasih pd kengkawan , mana-mana yang perasan tu ada juga sms dan call. Kejadian tu bukan sengaja, dalam ghairah nak cari berita dan berebut-rebut tu, gitulah jadinya...
Pada yang tertanya-tanya Aina dan Alya, Alhamdulillah sumenya sihat. Aina semakin banyak mulut sekarang, kadang-kadang sampai tak larat nak layan. Ada je pertanyataan yang keluar dari mulutnya, kalahkan mamanya yang keja reporter ni. Harap anak saya itu tidaklah mengikut jejak langkah saya , pilihlah kerjaya lain harapnya.
Yaya pulak walaupun mulut tak seringan kakaknya tp sangat pandai melawa dengan eksesori saya yang ada. Setiap pagi pasti ada sahaja tudung saya yang akan terlekat di kepalanya (gaya ala-ala Datin Siti Nurhaliza), dengan gelang , hand beg bagai..., tak tahulah apa nak jadinya bila besar nanti, melihat ketokohannya menggayakan pakaian tu kalau jadi pereka fesyen bagus jugak. Lagi satu sekarang ni perangai yaya ialah tidak mahu memakai pakaian yang kurang cantik di matanya. Kalau boleh hari-hari nak pakai baju untuk jalan...macam-macam kan? :P :P
Mungkin kerana kekangan waktu, saya agak jarang selepas ni untuk mengupdate gambar di FP ni, selain bz.. internet nak buka FP dan mengupdatenya (ada ke perkataan campuran cam nih kalau my sub editor tahu mumpus di killed nya story...) LOL teralu-lalu slow kat rumah. Jd saya sekarang aktif dan akan bukan Facebook setiap hari, mungkin mana-mana yang nak tahu keadaan kami atau rindu kami (ada ke?) blehlah add saya kurniawati dalam face book ye..
Oh ya Ahad till selasa ni pulak saya ke Sabah , mengikut rombogan media bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang juga menteri pertahanan ke Pulau Layang-layang. MMg teringin sangat nak gi ke sana... LOL LOL
Doakan kami sekelurga sihat sejahtera dan kami doakan kengkawan juga yang sama Insyaallah... salam sayang buat semuanya.
gambar yang dibawah adalah xtvt kami berkelah di Sungai Kalong, Ulu Yam bersama member2 wartawan dr Bernama. Mmg seronok sesekali mandi sungai. bukan senang nak dapat berkumpul macam ni, jadual kerja kami yang tak pernah sama, tp pada hari tersebut , kami sama-sama mintak off day demi mencapai misi tersebut :-D :-D , sume tengok enjoy sesangat...berendam sampai tak mau naik
|